PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH

Orang Islam boleh menjadi kafir semula (riddah) dengan melakukan perkara-perkara yang di bawah ini:

DALAM I’TIQAD

1.  Syak (ragu) atas adanya Tuhan.
2.  Syak (ragu) kerasulan Nabi Muhammad SAW.
3.  Syak (ragu) bahawa al-Quran itu wahyu Tuhan.
4.  Syak (ragu) bahawa aka nada hari Qiyamat, hari Akhirat, Syurga, Neraka dan lain-lain sebagainya
5.  Syak (ragu) bahawasnya Nabi Muhammad SAW Isra’ dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dengan ruh dan tubuh.
6.  Mengi’tiqadkan bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, seperti Ilmu, Hayat, Qidam, Baqa’ dan lain-lain sebagainya.
7.  Mengi’tiqadkan bahawa Tuhan bertubuh serupa manusia.
8.  Menghalalkan pekerjaan yang telah sepakat ulama’ Islam mengharamkannya, seumpamanya menyakini bahawa zina boleh baginya, berhenti puasa boleh baginya, membunuh orang boleh baginya, dan lain-lain sebagainya.
9.  Mengharamkan pekerjaan yang sudah sepakat ulama-ulama Islam membolehkannya, umpamanya kahwin haram baginya, jual beli haram baginya, makan minum haram baginya, dan lain-lain sebagainya.
10.  Meniadakan suatu amalan ibadat yang telah disepakati ulama’ Islam mewajibkannya, seumpamanya sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain sebagainya.
11.  Mengingkari kesahabatan sahabat-sahabat nabi yang utama, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain sebagainya.
12.  Mengingkari sepotong atau seluruhnya ayat al-Quran atau menambah sepotong atau seluruhnya ayat al-Quran, dengan tujuan menjadikan ia menjadi al-Quran.
13.  Mengingkari salah seorang dari Rasul yang telah sepakat ulama-ulama Islam mengatakannya Rasul.
14.  Mendustakan Rasul-Rasul Tuhan.
15.  Mengi’tiqadkan ada Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.
16.  Mendakwakan jadi Nabi atau jadi Rasul sesudah Nabi Muhammad SAW.

DALAM AMALAN

1.  Sujud kepada berhala, pada matahari, pada bulan dan lain-lainnya.
2.  Sujud kepada manusia dengan sukarela.
3.  Menghina Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dengan lisan atau perbuatan.
4.  Menghina kitab-kitab suci dengan lisan dan perbuatan.
5.  Mengejek-ejek agama atau Tuhan dengan lisan atau tulisan.
6.  Dan lain-lain.

DALAM PERKATAAN

1.  Mengucapkan “Hai Kafir” kepada orang Islam.
2.  Mengejek-ejek atau menghina-hina nama Tuhan.
3.  Mengejek-ejek hari akhirat, syurga dan neraka.
4.  Mengejek-ejek salah satu syariat, umpamanya sembahyang, puasa, zakat, naik haji, thawaf keliling kaabah, wuquf di ‘Arafah dan lain-lain sebagainya.
5.  Mengejek-ejek malaikat-malaikat.
6.  Mengejek-ejek Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
7.  Mengejek-ejek keluarga nabi.
8.  Mengejek-ejek Nabi Muhammad SAW.
9.  Dan lain-lain.

telegram.me/tasbeehcircle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *